Monday, December 20, 2010

Hari Asyura (10 Muharam) – Peristiwa penting dan amalan sunatnya

Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar islam.

Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura:

* Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.

* Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.

* Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.

* Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.

* Allah menjadikan Siti Hawa.

* Allah menjadikan Syurga.

* Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.

* Taubat Nabi Adam diterima Allah.

* Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.

* Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja
Zamrud.

* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

* Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.

* Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.

* Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.

* Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.

* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.

* Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.

Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura:

* Berpuasa-Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.

* Mandi dan membersihkan diri-Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.

* Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga-Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan.

* Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka- Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga.

* Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.
* Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya-Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.

* Menziarahi orang sakit – Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.

* Bersedekah – Pahalanya sepertiu bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.

* Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali–Doanya dimakbulkan Allah.

* Sunat bercelak mata – InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.

* Sunat menginai dan mengerat kuku.

* Menjamu dan memberi minum kepada orang-Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.

* Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar – Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.

* Memperkukuhkan silaturrahim – Insya Allah dipanjangkan usianya.

* Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.( Khasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nassir )

Kelebihan dan faedah berselawat ke atas baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi wasallam

Ya Allah kurniakanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad s.a.w sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana telah engkau perintahkan.
1. Menjunjung perintah Allah Subhanahuwata'ala.
2 Allah juga berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
3. Malaikat juga berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
4. Dikurniakan sepuluh rahmat oleh Allah bagi setiap selawat.
5. Ditinggikan pangkatnya sepuluh darjat.
6. Dituliskan baginya sepuluh kebajikan.
7. Dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan.
8. Doanya akan diangkat dan dimakbulkan kerana selawat adalah penyebab doa diterima.
9. Mendapat syafa'at atau pertolongan dari Nabi Muhammad s.a.w di akhirat nanti.
10. Diampunkan dosa.
11. Menyelesaikan masalah dan menghilangkan dukacita.
12. Membolehkan kita bertemu dan dekat dengan Nabi Muhammad s.a.w. di hari akhirat.
13. Boleh menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Mendapat doa dari malaikat dan mendapat rahmat dari Allah.
16. Membersihkan hati dan mensucikannya.
17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia adalah ahli syurga.
18. Terlepas daripada huru-hara pada hari Kiamat.
19. Mendapat doa dan salam dari Nabi Muhammad s.a.w.
20. Mengingatkan perkara yang lupa.
21. Mengharumkan sesuatu majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.
22. Menghilangkan kemiskinan dan kepapaan.
23. Tidak termasuk dalam golongan orang yang bakhil dan kedekut.
24. Terlepas daripada kutukan Nabi s.a.w yang menyatakan bahawa, Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi dia tidak berselawat.
25. Menyenangkan dan mempermudahkan untuk masuk ke syurga.
26. Menjauhkan sesuatu majlis menjadi busuk.
27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji Allah.
28. Mendapat Nur ketika melintasi titian Sirat.
29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar.
30. Mendapat pujian Allah di sisi para Malaikat.
31.Diberkati umur dan pekerjaannya.
32. Mendapat rahmat Allah dan sentiasa dikasihi Allah.
33. Menambah mahabbah atau kecintaan pada Nabi Muhammad s.a.w.
34. Allah dan Rasulullah s.a.w akan bertambah kasih kepada kita.
35. Mendapat petunjuk dan hidayah serta hatinya menjadi hidup dan tenang.
36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Rasulullah s.a.w.
37. Menetapkan kaki kita sewaktu melintasi titian Siratulmustaqim.
38. Menunaikan hak Nabi s.a.w dan menjadi orang yang bersyukur kepada Allah.
39. Selawat adalah termasuk dari zikrullah mengingat Allah dan mengingat Rasulullah s.a.w.
40. Mendapat kemulian dari Allah di dunia dan akhirat.

*Diambil dari buku Mawlid Ad-Daiba'ie.
Rujukan kitab Jilaul Afham.
Susunan Ibnu Qoyyim Al jauzah ( Wafat pada tahun 751 H )