Thursday, February 24, 2011

Merah......

Rahsia Merah Komunis!

Mungkin ada saudaraku yang akan terguris hati dengan artikel ini, saya menyusun sepuluh jari minta ampun dan maaf sekiranya tersalah bahasa, namun apa yang saya akan tulis adalah fakta untuk mengingatkan saudaraku sekalian.

Komunis? Ia adalah sebuah ajaran yang di bawa oleh Mao Ze Dong! Beliau mempunyai pertalian dengan keluarga Li yang merupakan agent kepada illuminati. Guru beliau ialah Li Ta-Chou iaitu orang yang mempunyai pertalian dengan Red Spears yang merupakan satu pertubuhan sulit yang berhubungan dengan illuminati.

Tahukah saudaraku sekalian,

bahawa tanah melayu mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan negara china ketika zaman pemerintahan beraja. Mereka saling tolong menolong antara satu sama lain! Apabila maharaja digulingkan, parti komunis memerintah... hubungan dengan kita juga berubah. Sebenarnya orang cina adalah orang baik terutama yang mengamalkan konficius, ajaran tao dan buddha tapi yang mengamalkan ajaran komunis ini lah yang menjadi musuh kita. Sejak kedatangan mereka di tanah melayu, mereka ingin sekali tanah ini jatuh ke tangan komunis seterusnya menghapuskan sistem monarki di tanah melayu. Tapi mereka masih gagal kerana orang melayu berpegang teguh pada adat dan ajaran Islam. Jadi mereka sedaya upaya memecah belahkan orang melayu... mereka juga guna bermacam-macam cara untuk menghapuskan sistem raja raja melayu. Sekiranya ia negara ini jatuh ke tangan komunis, ia adalah sesuatu yang membahayakan orang kita.

(lihat hand sign dia...)

Tengok lah pasukan merah penyokong Thanksin... yang juga di sokong raja Thai. Thanksin juga orang illuminati. Mereka ingin merampas kembali kuasa. Inilah merah komunis!

MEREKA SUDAH TAHU KEBANGKITAN ISLAM DARI TIMUR!

Sabda Nabi SAW,

"Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Siapapun yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salju." (Al-Hafiz Abu Nuaim)

Kata Sayidina Ali,

"Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentara al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) sejumlah tentara Badar dan sebanyak tentara Talut, yaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, niscaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah."

Tentera Sabilillah adalah warisan dari tentera ketika perang badar iaitu ketika kegemilangan Islam. Mereka juga telah ketahuinya, mereka telah mencari jalan untuk memecahkan perpaduan kita, dengan menghantar dakyah "komunis" untuk masuk dalam perjuangan kita! Lihatlah hari ini... apa yang berlaku pada kita? perpecahan ini berpunca dari siapa? 30 juzuk Al-Quran tidak boleh dikurang atau ditambah......

Berpegang teguhlah kita pada perjuangan asal, jangan "membawa" cara komunis. Janganlah kita terpedaya dengan dakyah orang barat yang menggunakan orang cina seperti mao ze dong sebagai boneka untuk mempengaruhi kita. Selagi kita berpegang pada Al-Quran dan Sunnah, Insya Allah kita takkan sesat!

Jangan sibuk bangga dengan budaya gangsterism untuk tujuan menunjuk. Jika saudaraku bersikap demikian, kamu sebenarnya hanya digelakkan oleh golongan atasan mereka, kerana telah terpedaya dengan dakyah mereka. Freemason itu satu yang merbahaya. Mereka tidak menular secara terang tapi secara senyap. Mereka set kan minda orang ramai sejak dari zaman dulu lagi supaya menurut kehendak atau matlamat yang mereka telah set kan. Lihat lah di Amerika syarikat sana. Ia merupakan satu ladang yang penuh dengan sumber manusia untuk dijadikan korban. Hidup mereka telah di setkan oleh orang-orang yang digelar hidden hand ini. Mereka hidup bagaikan dalam mimpi. Mereka juga telah diprogram menjadi negara sosial yang liberal serta bersimbol seks. Sebenarnya tiada perempuan lahir nak jadi stripper atau pelacur tapi minda mereka telah di program untuk jadi sedemikian. Lihatlah betapa kesiannya mereka.

Agama kristian yang suci juga telah dinodai oleh golongan ini. Mereka telah di manipulasi oleh paulus tentang konsep trinity di mana Nabi Isa (Jesus) di jadikan anak Tuhan. Sebenarnya, ia bukanlah ajaran sebenar Jesus. Pengikut paling kanan sebenarnya bernama Barnabas. Tapi sebab Barnabas membawa ajaran yang betul maka Gospel of Barnabas telah di tolak bulat-bulat kerana dia mengakui kerasulan Nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul yang terakhir. Agama kristian yang sekarang ini adalah agama Pagan yang telah dijenama semula. Pagan ialah satu agama orang eropah yang menyembah berhala.

Mari kita lihat spekulasi mereka pada hari krismas dan santa claus.

Pada tanggal 25 Disember sebenarnya tiada makna pada orang kristian, tapi ia sebenarnya adalah tarikh lahir dewa pagan yang sangat dihormati. Manakala santa pula adalah jelmaan dewa kaum pagan.

Lihatlah paus yg menyembah matahari... Jesus dianggap jelmaan matahari dalam agama Pagan.

Mari kita lihat pokok krismas yang terang-terang berunsur illuminati.

Lihatlah dunia, bahawa pokok krismas itu terang terang menggambarkan agama ini telah dinodai oleh freemason dan illuminati. Pokok berbentuk segitiga dan atas sekali umpama mata...

Jesus juga telah diperolokkan oleh golongan ini. Jesus adalah seorang yang lemah dan tak berdaya. sebab itu Paus iaitu ketua roman katolik sekarang ni menggunakan salib berbentuk "twisted cross" yang mana salib itu sebenarnya memperolokkan Jesus.

Salib umpama runtuh. Mereka hanya mentertawakan berbilion orang yang menganut agama ini.

Lihat pula gambar ini, ada salib satanic utk upacara ini. Salib yg juga di guna black metal! Bukan sahaja orang Islam cuba di hapuskn tapi juga semua orang didunia ini melalui konsep liberal.

Sedarlah wahai tentera fisabilillah sekalian, perjuangan kita belum selesai. Kita telah dijajah minda dan perlakuan. Sedarkah saudaraku... Bangunlah dari mimpi mu?

Tuesday, February 22, 2011

Keistimewaan Wanita..

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

Friday, February 11, 2011

Penetapan Iman...

APABILA iman lemah, maka mudah sekali melakukan dosa dan maksiat. Apabila maksiat meningkat, bantuan Allah untuk dipelihara daripada syaitan berkurang dan tiada.

Rasulullah sendiri sering berdoa: "Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agama-Mu". Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang tertinggi.

Doa baginda: "Wahai Allah yang menguruskan hati, uruskanlah hati kami di atas ketaatan kepada-Mu". Rasulullah juga berdoa pada siang dan malam di dalam zikirnya: "Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran".

Adakah kita mengetahui bahawa Umar al-Khattab yang memisahkan imannya antara yang hak dan batil, syaitan cabut lari daripada menghampirinya dan terdapat garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerana takutkan Allah?



Adakah kita mengetahui bahawa beliau pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman? Maka terdedah kepada dosa yang lebih besar.



Kali ini penulis ingin mengingatkan tentang tanda-tanda berkurangnya iman supaya kita lebih bersungguh menjaga iman sebagaimana nabi dan sahabat antaranya ialah:

1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.
2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
3. Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
4. Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib
5. Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
6. Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.
7. Berat dalam mengingat Allah.
8. Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari'ah.
9. Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
10. Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
12. Berasa senang di atas kegagalan orang lain
13. Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
14. Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
15. Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
16. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.
18. Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
19. Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
20. Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.

Beberapa cara untuk meningkatkan keimanan kita:

1. Tilawah Al-Quran dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.
2. Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita.
Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
3. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
4. Menghadiri majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.
5. Selalu menambah perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.
6. Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada terlena terhadap kesenangan dunia.
7. Mengingat tahap kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga atau neraka.
8. Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.
9. Cinta kita kepada Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan melakukan kesalahan.
Malam hari sebelum tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
10. Menyedari akibat daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.
11. Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun daripada Allah.

Monday, February 7, 2011

Mohon Perlindungan Allah S.W.T. Daripada Seksaan Api Neraka.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap hari kita berdoa kepada Allah S.W.T. semoga kita dan ahli keluarga kita supaya dijauhkan daripada seksaan api neraka, kerana tidak ada seburuk-buruk tempat kembali melainkan di masukkan ke dalam api Neraka Jahanam, na'uzubillahiminzalik.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka, dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."

(Surah at-Tahrim ayat 6)

Berdasarkan ayat di atas Allah S.W.T. menyeru kepada orang-orang beriman supaya mendidik dan mentarbiah isteri dan anak-anaknya supaya sentiasa taat dan patuh kepada Allah S.W.T. dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya semoga dengan ini akan dapat menyelamatkan mereka semua daripada terjerumus ke dalam api neraka.

Rumah tangga adalah salah satu dari medan dakwah. Mendidik keluarga untuk mentaati Allah S.W.T. dan ubudiah kepada-Nya adalah tugas asasi bagi mereka yang telah berkeluarga . Suami dan isteri, atau ibu dan bapa seharusnya memastikan anak-anak mereka mendapat tarbiah Islamiah yang sempurna, merangkumi semua aspek, akidah, akhlak, kejiwaan, rohani dan jasmani seperti yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya. Kesemua tugas tersebut mesti dilakukan dengan baik, bukan tanpa perancangan. Kerana rumah tangga yang lintang pukang , anak-anak yang tidak terurus akan menjadi fitnah kepada dakwah itu sendiri sekali gus memberi imej negatif kepada sesiapa sahaja yang memerhatikannya.

Sahabat yang dimuliakan,

Rasulullah S.A.W. sentiasa berdoa selepas membaca tahyat akhir : "YA Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab Neraka Jahanam, daripada azab kubur, daripada ujian kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan ujian al-masih Dajjal."

(Hadis Riwayat Muslim)

Pertama sekali dalam doa Nabi S.A.W. adalah meminta perlindungan Allah S.W.T. daripada azab Neraka Jahanam kerana Neraka Jahanam adalah tempat balasan dan penyeksaan orang-orang kafir dan orang-orang derhaka kepada Allah S.W.T.

Abu Hurairah meriwayatkan: "Ketika Rasulullah berkata : 'Api dunia kamu adalah satu dari 70 bahagian api neraka;' lalu seseorang bertanya; 'Ya Rasulullah, adakah ia tidak akan mencukupi untuk membakar orang kafir?' Maka Rasulullah menjawab, 'Api neraka mempunyai 69 bahagian lebih dari api biasa di dunia, dan kesemuanya adalah sangat panas sebagaimana ia (api dunia).

(Hadis Riwayat Bukhari)

Kesan-kesan kehebatan neraka dapat dirasai di dunia ini lagi berdasarkan hadis Rasulullah. Diriwayat oleh Abu Hurairah: Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Api neraka mengadu kepada Allah dengan berkata;"Hai Tuhanku, bahagian-bahagian padaku memakan di antara satu sama lain."Lalu Allah membenarkannya mengambil dua pernafasan iaitu pada musim sejuk dan pada musim panas. Inilah sebabnya mengapa kamu terasa terlalu panas dan terlalu sejuk," (Hadis Riwayat Bukhari)

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Wahai Ali ! Ketika Allah mencipta syurga, maka syurga bertanya kepada Allah :

'Ya Tuhanku, untuk apakah Engkau menciptakan aku?'

'Untuk setiap orang yang bermurah hati dan orang-orang yang bertakwa,' jawab Allah S.W.T.

'Kalau begitu saya senang sekali.' ucap Syurga.

Kemudian neraka pun bertanya kepada Allah ketika ia diciptakan :

'Ya Tuhanku, untuk apakah Engkau menciptakan aku?'

'Untuk setiap orang yang bakhil (kedekut) dan sombong.'

'Ooh.....,baiklah saya untuk mereka,' ucap neraka.

Wahai Ali ! Barangsiapa menentang hawa nafsunya, syurgalah tempat ia kembali. Dan barangsiapa yang menuruti hawa nafsunya, Neraka Jahannamlah tempatnya.

Cuba kita semua bayangkan betapa dahsyatnya seksaan yang paling ringan di neraka dengan bahang bara api diletakkan dibawah tapak kaki pun sudah boleh mendidihkan otak yang ada di atas kepala, apatah lagi kalau seksaan yang lebih berat. Rasanya tidak ada seorang pun yang mampu berdiri di atas bara api yang panas sehingga boleh menggelegakkan otak yang ada di kepala. Kalau kita tersentuh sedikit sahaja api di dunia ini pun kita sudah menjerit kepanasan dan kita tidak mampu menahannya walaupun masa seminit, cuba bayangkan betapa pedihnya seksaan api neraka yang berterusan tanpa henti-henti.

Penduduk neraka tetap diberi makanan walaupun makanan ini tidak menyuburkan badan mereka. Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Mereka tidak memperolehi makanan selain dari pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar." (Surah Al Ghasiyah ayat 6-7)

Minuman ahli neraka :

1. Hamim (air yang mendidih)

Firman Allah s.w.t maksudnya : " Samakah mereka dengan orang yang kekal dalam neraka, dan diberi minum dengan air yang mendidih, sehingga ususnya terpotong-potong?"

(Surah Muhammad ayat 15)

2. Ghassaq (nanah dan darah)

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di sini. Dan tiada makanan sedikit pun kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa." (Surah Al Haqqah ayat 35-37)

3. Sadid (air danur- nanah , yang keluar dari tubuh ahli neraka)

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dihadapan mereka ada Neraka Jahanam, dan ia diberi minum dari air danur (nanah yang keluar dari tubuh ahli neraka."(Surah Ibrahim ayat 16)

4. Air seperti Tembaga cair.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan jika mereka meminta minum,nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti tembaga yang mendidih yang menghanguskan muka mereka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat rehat yang paling hina."

(Surah Al Kahfi ayat 29)

Pakaian ahli neraka :

1. Pakaian dari api.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Inilah dua golongan(mukmin dan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai tuhan mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian dari api neraka. Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka." (Surah Al Hajj ayat 19)

2. Pakaian dari minyak tar.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Pakaian mereka adalah dari minyak tar dan muka mereka diliputi oleh jilatan api neraka." (Surah Ibrahim ayat 50).

Sahabat yang dikasihi,

Imran bin Husin meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Aku melihat ke dalam syurga dan mendapati majoriti penduduknya adalah orang miskin, dan aku melihat ke dalam neraka, aku mendapati majoriti penduduknya adalah wanita,"

(Hadis Riwayat Bukhari).

Di dalam kisah gerhana matahari yang Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam dan para shahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , baginda Shalallahu ‘alaihi wassalam melihat syurga dan neraka.

Ketika baginda melihat neraka maka baginda bersabda kepada para sahabatnya radliyallahu 'anhum : “ … dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita".

Sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam?”

Baginda Shalallahu ‘alaihi wassalam menjawab : “Kerana kekufuran mereka.”

Kemudian ditanyai lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?”

Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ”

(Hadis Bukhari dari Ibnu Abbas radliyallahu 'anhuma)

Apabila membicarakan tentang berapakah dalamnya jurang api neraka? Rasanya tidak mampu kita menghitung berapakah dalamnya jurang api neraka yang di tempuh oleh perjalanan kepantasan batu besar yang jatuh dalam masa 70 tahun lamanya. Apa yang lebih mengerikan lagi ialah apabila jurang yang teramat dalam ini dipenuhi dengan bermacam-macam bentuk seksaan dan apabila sampai saatnya nanti pintu neraka itu akan di tutup serapat-rapatnya. Maka pada ketika itu, tidak ada seorang pun di antara penghuninya yang dibenarkan keluar daripadanya. Seksaan demi seksaan, habis satu jenis seksaan masuk pula pada jenis seksaan yang lain dan begitulah seterusnya. Alangkah malangnya bagi mereka yang mendapat seksaan tersebut.

Salah satu cara untuk kita terselamat daripada seksaan api neraka adalah banyakkan sedekah. Sesiapa yang bersedekah ini, Allah S.W.T. janjikan kepadanya syurga dan merupakan pendinding daripada api neraka, dan amalan ini juga dapat menjinakkan hati kita sekali gus membuang sifat kesombongan yang wujud di dalam diri. Ia sebagaimana sabda Nabi S.A.W. bermaksud: "Sesiapa yang sanggup mendinding dirinya daripada api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma, maka hendaklah dia lakukan.

(Hadis Riwayat Muslim)

Dalam sebuah hadis yang lain daripada Anas, baginda bersabda bermaksud: "Bersedekahlah kamu, sesungguhnya bersedekah itu melepaskan kamu daripada Jahanam."

Rasulullah S.A.W. menjelaskan bahawa 4 ciri-ciri penghuni neraka ialah :

1. Muka yang muram.

2. Tutur kata yang keji.

3. Hati keras yang engkar.

4. Tangan yang kedekut (bakhil).

Sahabat yang dihormati,

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Barangsiapa yang memohon Syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, maka syurga itu berkata :'Ya Allah masukkanlah ia ke syurga!' Dan barangsiapa yang memohon diselamatkan dari neraka sebanyak tiga kali, maka neraka itu berkata: 'Ya Allah! Selamatkanlah ia dari neraka," (Hadis Riwayat Tirmizi)

Nabi S.A.W. sentiasa berdoa : "Rabbana atinaa fiddunia hasanah wa fil akhirati hasanah wakina azabannar"

Maksudnya : Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab api Neraka"

(Hadis Riwayat Bukhari.)

Oleh itu setiap kali selepas solat fardu atau solat sunat, berdoalah kepada Allah S.W.T. tiga kali "Rabbana atinaa fiddunia hasanah wa fil akhirati hasanah wakina azabannar" semoga kita dapat di bebaskan oleh Allah S.W.T daripada seksaan api neraka.


Abu Basyer<-----link asal.

Sunday, February 6, 2011

Kelebihan Solat Tasbih....

Ikrimah daripada Ibnu Abbas r.a., beliau berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Abbas bin Abdul Mutalib yang bermaksud :

"Wahai Abbas pamanku. Apakah engkau suka aku memberi hadiah istimewa yakni kuajarkan sepuluh macam perbuatan yang dapat menghapus dosa? Apabila paman mengerjakannya Allah akan mengampuni dosa-dosamu, yang awal atau yang akhir, yang lama atau yang baru, yang disengaja maupun tidak sengaja, yang kecil atau yang besar, yang tersembunyi atau pun yang nampak.
Sepuluh perkara tersebut iaitu bahawa engkau solat empat rekaat, setiap rekaat engkau baca al-Fatihah dan sebuah surah. Apabila engkau telah membaca dalam rekaat pertama,tetaplah engkau dalam keadaan berdiri dan bacalah subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Agung) sebanyak lima belas kali, kemudian ruku' dan bacalah kalimah tersebut sepuluh kali semasa dalam keadaan ruku', kemudian engkau bangun dari ruku' dan bacalah kalimat itu sepuluh kali kemudian turun untuk sujud dan bacalah sepuluh kali semasa engkau dalam keadaan sujud. Apabila bangun dari sujud bacalah sepuluh kali kemudian engkau sujud dan bacalah sepuluh kali selepas itu engkau bangun dan bacalah sepuluh kali. Maka kesemuanya berjumlah tujuh puluh lima dalam setiap rakaat. Kerjakanlah kesemuanya dalam keempat rakaat.
Apabila engkau mampu mengerjakan solat tasbih setiap hari satu kali maka kerjakanlah. Apabila tidak mampu kerjakanlah seminggu sekali. Apabila tidak mampu, lakukanlah sebulan sekali. Apabila engkau tidak mampu juga, kerjakanlah setahun sekali. Jika engkau tidak mengerjakannya, lakukanlah sekali sahaja semasa hidupmu."

(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Penyakit Was Was Datangnya Dari Bisikan Syaitan...


(١) عن أبى هريرة رضى الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا وَجَدَ أحَدُكُمْ فِى بَطْنِهِ شَيْئًا فَأشْكَلَ عَلَيْهِ: أخَرَجَ مِنْهُ شَيْئٌ أمْ لاَ؟ فَلاَ يَخْرُجُ مِنَ الْمَسْجِدِ حتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْيَجِدَ رِيْحًا (رواه مسلم)
(٢) عن عبدالله بن عمرو: أن رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مرَّ بِسَعْدٍ وهو يَتَوَضَّأَ فَقَالَ: لاَ تُسْرِفْ، يَا رَسُوْلُ الله أوْ فِى المَاءِ إِسْرَاف؟ قال نَعَمْ، وَاِنْ كُنْتَ عَلَى نَهْرٍجَارٍ
(٣) عن أبى بن كعب ان النبى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ لِلْوُضُوْءِ شَيْطَانًا يُقَالَ لَهُ: الوَلْهَانُ فَاتَّقُوْا وَسْوَاسَ الْمَاءِ (رواه الترمذى)
Terjemahan:
1. Daripada Abi Hurairah (ra) katanya, telah bersabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): “Jika salah seorang dari kamu mendapati sesuatu di dalam perutnya (terasa seperti kentut) lalu ia ragu, apakah keluar atau tidak? Maka janganlah dia keluar dari masjid sehingga dia mendengar suaranya ataupun mencium baunya”.
[HR Muslim]
2. Dari Abdullah Bin ‘Amr (ra) bahwasa sesungguhnya Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) melalui Sa’ad yang sedang wudhu’, lalu beliau bersabda: “Jangan berlebih-lebihan”. Sa’ad bertanya: Ya Rasulullah, apakah pada air juga ada berlebih-lebihan (israaf)? Jawab Nabi (sallallahu alaihi wasalam): Betul (ada), walaupun kamu sedang berada di sungai yang sedang mengalir.
[HR Imam Ahmad]
3. Dari Ubay Bin Ka’ab (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Sesungguhnya bagi wudhu’ ada syaitan yang dipanggil Walhaan oleh sebab itu takutlah kamu daripada was was air.
[HR Tarmidzi]
Mukaddimah:
Syaitan adalah musuh umat manusia untuk selama-lamanya. Berbagai usaha dijalankannya untuk memesongkan manusia dari jalan yang lurus. Malahan tiada satupun perintah Allah SWT kecuali dia pasti berusaha untuk menyelewengkannya, samada agar manusia taqshir (tidak melaksanakannya) ataupun ghuluw (melaksanakannya secara berlebih-lebihan). Jadi manusia yang ghuluw dalam beragama sangat mudah diserang oleh waswas. Dan ketahuilah bahwa waswas itu datangnya daripada syaitan.
Makna Waswas:
Imam Ibnul Qayyim berkata: WASWAS ialah sesuatu yang halus masuk ke dalam diri kita samada tanpa suara ataupun melalui suara lembut yang tidak boleh didengar kecuali oleh orang yang dimasukinya. (tafsir Al-Qayyim, hal. 600)
Penjelasan:
Di antara cara syaitan memesongkan manusia dari jalan yang lurus ialah dengan memasukkan waswas ke dalam diri orang tersebut seperti dalam urusan bersuci (thaharah), solat dan lain-lain ibadah sehingga mereka terkeluar dari cara yang telah digariskan oleh Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam).
Malahan lebih daripada itu, mereka mendakwa kononnya apa yang telah ditetapkan dalam sunnah Rasul (sallallahu alaihi wasalam) belum sempurna dan masih perlu kepada beberapa penambahan. Akhirnya berkumpullah pada manusia jenis ini antara: Sangkaan yang buruk, keletihan dan kehilangan atau pengurangan ganjaran pahala.
Tidak diragukan lagi bahwa SYAITAN lah yang menjadi pendorong utama WASWAS. Orang yang waswas sebenarnya telah patuh dan ta’at kepada syaitan karena mereka menyahut seruannya dan mengikuti perintahnya. Dan sebaliknya tanpa disedari berarti mereka telah benci kepada sunnah Rasul (sallallahu alaihi wasalam).
Sungguh banyak hadis sahih yang menjelaskan cara wudhu dan mandi Rasul (sallallahu alaihi wasalam). Baginda pernah mandi bersama Aisyah (ra) dengan kadar air yang sangat sedikit. Dan Baginda juga pernah berwudhu’ dengan memasukkan tangannya ke dalam bekas untuk madhmadhah (berkumur-kumur) dan istinsyaaq (memasukkan dan mengeluarkan air dari hidung). Baginda menyapu telinganya ketika wudhu’ dengan bekas air menyapu kepalanya.
Kalaulah ada di antara kita yang melakukan seperti yang dilakukan oleh Rasul di atas niscaya orang yang waswas akan menghukumkan wudhu’ dan mandi kita tidak sah. Mereka gunakan bermacam alasan untuk menguatkan pandangan mereka, kononnya di zaman Rasul air sedikit, itu khas untuk Rasul, air itu menjadi musta’mal dan lain-lain lagi.
Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) melarang kita TASYDID dalam urusan agama. Tasydid maknanya menyusah-nyusahkan diri. Tasydid dalam urusan agama ada dua jenis, iaitu:
1. Tasydid Bisy Syara’ (menyusahkan diri dengan menetapkan sesuatu) seperti bernazar dengan sesuatu yang berat.
2. Tasydid Bil Qadar (menyusahkan diri dengan kadar atau ukuran) seperti yang dilakukan oleh orang yang waswas.
Orang yang waswas telah menyiksa diri mereka sendiri. Kadang-kadang dengan basah kuyup bila berwudhu’, terkadang dengan menggunakan air yang berlebih-lebihan, terkadang dengan gosokan yang kuat, terkadang dengan memasukkan air ke dalam mata sehingga memudaratkan mata, terkadang memasukkan telunjuknya ke lobang duburnya ketika mandi junub dan lain-lain.
Abu Al-Faraj Bin Al-Jauzi mengisahkan dari Abi Al-Wafa’ Bin ‘Uqail: Bahwa seorang lelaki berkata kepadanya: Aku telah menyelam dalam air beberapa kali, tetapi aku ragu: Adakah sah mandi mandi saya atau tidak? Bagaimana pendapat tuan syekh dalam perkara ini? Lalu syekh menjawab: Beredarlah kamu, sesungguhnya engkau tidak wajib salat. Lelaki tersebut bertanya: Mengapa demikian? Jawab syekh: Karena Nabi (sallallahu alaihi wasalam) telah bersabda:
“Tidak diberi dosa tiga golongan manusia: Orang gila sehingga dia siuman, orang tidur sehingga dia bangun (sadar) dan kanak-kanak sehingga dia baligh”.
Dan orang yang menyelam di dalam air beberapa kali, lalu dia masih ragu, adakah air sampai ke tubuhnya atau tidak, maka dia adalah orang gila.
Contoh Lain Waswas Dalam Ibadah:
1. Waswas berniat ketika takbiratul ihram.
Niat adalah maksud dan azam untuk melakukan suatu pekerjaan. Para fuqahaa (ahli fekah) telah sepakat bahwa tempat niat adalah di dalam hati dan tidak ada kaitannya dengan lisan. Oleh itu tidak ada keterangan dari Nabi (sallallahu alaihi wasalam) dan para sahabat berbuat demikian. Melafazkan niat pada permulaan bersuci dan solat adalah rekaan baru yang telah banyak menyiksa manusia dan menjerumuskan mereka ke dalam kancah waswas syaitan. Dan karena terlalu memperturutkan waswas memasang niat dalam takbir akhirnya selain menyiksa dirinya, mengganggu kekhusyu’an orang lain, juga membuat ia luput dari ganjaran yang banyak.
2. Waswas ketika mandi junub dan wudhu
Selain menggunakan air terlalu banyak yang boleh membawa pada hukum tabzir (membazir), melebihi bilangan tiga kali ketika membasuh atau menyapu anggota wudhu, berwudhu’ berulang kali sehingga basah kuyup.
3. Waswas ketika mengeluarkan makhraj huruf
Waswas jenis yang boleh membatalkan solat seperti: Perkataannya pada Attahyaat: At-at-at, Attahy Attahy; pada Salam: As-As-As; pada takbir: Ak-k-k-k-k-bar. Orang yang terlalu memperturutkan waswas jenis ini kadang-kadang sampai mengeluarkan kahak ketika menyebut huruf ‘kha’ (خ) dan menyemburkan air ludahnya ketika menyebut ‘dhad’ (ض). Begitu juga orang yang waswas suka membaca dengan suara kuat (jahar) walaupun dalam solat yang sepatutnya perlahan (sirr) sehingga mengganggu kekhusyu’an orang lain. Padahal Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) tidak berbuat demikian. Dalam satu riwayat dikatakan bahwa baginda dikesan sedang membaca hanya dari gerak janggotnya.
4. Waswas dengan najis
Semua permukaan bumi dan tanah pada asalnya adalah bersih sehingga ada bukti padanya ada najis. Tetapi orang yang waswas tidak akan solat kecuali ada sajadah atau tikar sebagai lapik (alas). Mereka tidak tayamum kecuali dengan debu tanah yang sudah digonseng atau dipanaskan. Dan karena terlalu memperturutkan waswas ini akhirnya ia lebih rela meninggalkan solat daripada melakukannya dalam keadaan waswas. Dia lebih suka mentaati syaitan daripada mentaati Allah dan RasulNya. Termasuk juga dalam bab ini najis yang sedikit.
Cara Mengobati Waswas:
Cara yang paling berkesan untuk mengobati penyakit waswas ialah: Ittiba’ur Rasul (mengikut cara Rasul).
Setiap muslim dan muslimat mesti yakin sungguh-sungguh tanpa ragu sedikit pun bahwa segala ajaran Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) adalah paling sempurna. Tidak ada cara dan ajaran manapun yang boleh mengatasi kesempurnaan ajaran baginda. Jika muslim muslimat masih meragukan hakikat ini maka syahadatnya rosak.Dan jika kita selidiki amalan Rasul (sallallahu alaihi wasalam) ternyata sangat mudah dan tidak menyusahkan. Bagi kita Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) sajalah orang yang paling layak untuk kita contohi untuk menundukkan musuh utama umat manusia iaitu syaitan, bukan dari sumber lain.

Saturday, February 5, 2011

Bacaan Talkin...



Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada-Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

“kullu nafsin za iqatul maut“
- Setiap yang Bernafas, Pasti akan Mati -