Thursday, March 24, 2011

Hati...

SOALAN: APA ITU DOSA, APA PULA PAHALA?



Amat mudah mengenali dua perkara ‘sinonim’ ini, namun ianya tidak pernah akan sekali dan terus berbeza. Tetapi jarang sekali manusia mahu mengambil salah satu daripadanya dan meninggalkan satu daripadanya. Apa yang terjadi Pahala sering diabaikan dan menjadikan dosa sebagai kesedapan serta ditunggang untuk menurut hawa nafsu.

Bahasa mudahnya, Pahala - apa saja kebajikan yang digariskan syara’ serta disuruh untuk diamalkan adalah berupa ganjaran yang baik. Sebaliknya dosa, segala apa larangan yang ditegah oleh ALLAH daripada melakukannya.
SOALAN: BAGAIMANA MAHU MENGENAL DOSA DAN PAHALA?

Ada beberapa jalan mudah untuk mengenali dosa dan pahala ini, dan Nabi saw pernah memberitahu sifat dan naluri manusia jika kita mahu mengenalnya. Kata Nabi saw:
‘Apa sahaja yang kita lakukan jika hati merasakan tidak tenang dan kita malu untuk menzahirkan (mempamerkan) di hadapan manusia tentang perbuatannya itu adalah dosa. Sebaliknya apa sahaja perbuatan yang hati merasakan tenang dan gembira untuk melaksanakannya adalah berupa jalan kepada pahala’ .

Wednesday, March 9, 2011

15 Kelebihan Wanita


15 Kelebihan Wanita Yang Anda Patut Tahu.......
  1. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. !-- more -->
  2. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia daripintu syurga mana sahaja

Monday, March 7, 2011

Sejarah Solat 5 waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.

ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.

ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.

iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.

ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.

iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.

iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

ISYAK

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.

ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.

iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun


Wednesday, March 2, 2011

Kalimat yang 7....

7 Kalimat.............

'Bulan sabit munculkan diri, mengingatkan bumi, agar menegur insan yang meremehkan"

Barang siapa hafal 7 kalimat, ia terpandang mulia disisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebesar lautan :-

1

Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu

2

Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu

3

Mengucap "Astaghfirullah'' jika lidah terselit perkataan yang tidak patut

4

Mengucap ''Insya Allah'' jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok

5

Mengucap ''La haula wala kuwwata illa billah'' jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai dan diingini

6

Mengucap ''Inna lillahi waainna illaihi rajiun'' jika menghadapi dan menerima musibah

7

Mengucap ''La illahailla Allah Muhammad Rasulullah'' sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya

Tuesday, March 1, 2011

15 Pintu....


15 Pintu Syaitan Yang Ada Dalam Diri Kita.......

  1. Pintu Marah.
  2. Cinta Dunia.
  3. Enggan menghadiri majlis ilmu.
  4. Panjang angan-angan.
  5. Rakus.
  6. Bakhil.
  7. Suka pujian.
  8. Riak.
  9. Ujub (mengagumi diri sendiri).
  10. Takut & Gelisah.
  11. Buruk Sangka.
  12. Memandang Rendah orang lain.
  13. Suka pada dosa.
  14. Merasa aman dr pembalasan Allah.
  15. Putus Asa dari rahmat Allah.

15 Senjata Menghalang Syaitan

  1. Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik).
  2. Banyakkan berzikir.
  3. Banyakkan Beristigfar.
  4. Baca “la i’ la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min”.
  5. Jangan tidur berseorangan.
  6. Baca doa pagi dan petang.
  7. Bersugi.
  8. Melaksanakan solat jemaah.
  9. Berwudhuk sebelum tidur.
  10. Menutup aurat.
  11. Membaca doa masuk tandas.
  12. Banyak berselawat pada hati.
  13. Bertaubat, beristighfar.
  14. Banyakkan baca Al-Quran.
  15. Membaca surah Yassin setiap pagi.

Wallahualam.....